Kesan pada alam sekitar Makanan_organik

Beberapa pantauan dan kajian telah cuba mengkaji dan membandingkan sistem pertanian biasa dan organik. Kata sepakat yang dicapai pantauan-pantauan ini[4][5] adalah pertanian organik kurang mudaratnya kerana:

  • Pertanian organik tidak menggunakan atau mengeluarkan racun perosak sintetik ke alam sekeliling. Racun sedemikian boleh memudaratkan tanah, air dan hidupan dalamnya.
  • Ladang organik lebih berkesan berbanding ladang biasa dalam memapan pelbagai ekosistem, iaitu populasi tumbuhan dan serangga di samping haiwan.
  • Apabila dihitung sama ada mengikut luas per unit atau per unit hasil, ladang organik kurang menggunakan tenaga maka kurang menghasilkan sisa, misalnya sisa buangan seperti bahan bungkusan kimia.

Namun begitu, ada pihak yang membidas kaedah pertanian organik kerana percaya bahawa ladang organik lebih memerlukan tanah untuk menghasilkan jumlah makanan yang sama seperti ladang biasa; jika benar, ladang organik ini boleh memusnahkan banyak hutan dan ekosistem.[6] [7]